Program Pintar Qur’an

Program Pintar Qur’an ini pada asalnya dimulakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh di Kg Tok Has, Jerteh, Besut setelah tamat pengajian di Jordan pada tahun 1994. Kumpulan awal terdiri dari pelajar – pelajar Darjah 5 dan 6 di sekitar kawasan kampung tersebut.

 

Program ini dikembangkan dengan mengambil kanak – kanak berumur 5 dan 6 tahun, termasuk anak beliau sendiri. Terbukti ianya berjaya.

 

Pada tahun 2006, Yayasan Islam Terengganu telah memperkenalkan Program Pintar Qur’an untuk diajar di Tadika – tadika Yayasan Islam Terengganu. Tujuan program ialah untuk membudayakan Al Qur’an di kalangan umat Islam dari usia kecil lagi.

 

Melalui program ini, anak – anak tadika dilatih sehingga mampu khatam Qur’an seawal umur 5 – 6 tahun. Kumpulan pertama seramai 937 kanak – kanak tadika berjaya khatam Qur’an pada tahun 2006. Pada tahun 2007 pula, bilangan itu telah meningkat kepada 2010 orang kanak – kanak. Ianya terus meningkat kepada            pada tahun 2008.

 

Sekarang, Program Pintar Qur’an dikembangkan dengan latihan sehingga kanak – kanak mampu hafal Surah Yaasin di samping penggunaan multimedia.

 

Program yang pada awalnya dianggap mustahil boleh dilaksanakan, menunjukkan hasil yang menakjubkan. Berkat kesungguhan  pelajar, guru dan ibubapa, sokongan berterusan kepimpinan dan method yang bersesuaian, tiada yang mustahil sebenarnya.